Aku Hanya Lala..

~Lala yang dulunya gila~

I DON'T CARE - 2NE1

Friday, November 09, 2012

Istanbul Aku Datang

Hari nih ceq habiskan masa ceq di QB menemani Mak Jah yg dok teringin sangat nak Istanbul Aku Datang.. Dari 2 minggu lps lagi dia dok seru2 nama Beto Kusyairy, nak tak nak p lah jgk.. Kang meroyan pulak makcik sorang nih.. huhuhu.. :p ^_^



ahaaaaa.. itu dia poster ceghita yg akak Lisa Surihani kita nih belakon..

Secara jujurnya, menonton filem melayu di wayang bukan pilihan aku.. Sebab kebiasaannya pada penghujungnya aku akan rasa sangat tak berbaloi menghabiskan sekeping not merah itu di panggung wayang.. Selalunya aku hanya menonton filem tempatan di pawagam bila ada member2 mcm mak jah yg dok meroyan nak tgk n ajak teman.. hahaha.. :p  ;)  Ceq tak kata yang filem melayu tak best 100%, ada jgk cerita melayu yang ceq p tgk dkt panggung sampai dua kali.. Cuma hasilnya jarang memuaskan.. eheeemmmm.. >.<

Dan kali ini, apa yang membuatkan aku p tgk melayan ceghita nih (selain daripada kisah mak jah tdi) adalah kecomelan Lisa Surihani. ^_^

Bagi ceq cerita I.A.D nih just nice.. Sesuai untuk hiburan.. bertepatan dengan genrenya iaitu romantic comedi.. Fresh dan tidak dragging.. Ada feeling2 korea sikit.. Menarik dan tidak membosankan..

part yang paling ceq x boleh bla nya tuh bila si beto duk tahan kereta yang dok hon masa dia dok bercakap dengan Lisa.. Tersangatlah sepontannya pon.. :p 


untuk penonton yang gemarkan cerita2 yang simple, ringan dan dambakan hiburan, I'll suggest u guys menonton filem ini.. but jika anda rasa anda lebih ke arah filem yg bergenre kan action+berat, Skyfall will do but not this film..









Watak Azad by Tomok really remind me to someone.. Dengan caranya yang mengada-ngada macam mintak tinju laju2.. Alasannya.. Dan tiba2 terkantoi lah pulak.. alahai.. Tersangatlah sebijiknya.. such a looser guy.. ahhaaaaa.. nebermine lah.. ^_^



ContengMontengSebelumMasukHutan :: Kadang2 hiburan tuh perlu jgk.. takkan nak tengok cerita2 berat dan menjadi seseorang yang kononnya pemikir sepanjang masa.. bosan kot hidup.. chill2 & relaxx... ^_^





Wednesday, November 07, 2012

Mistake + Forgive + Forget


Everyone makes mistakes.. Some people repeat the mistakes..

You and me.. We make mistakes..

Mistakes mature us, when we learn not to repeat..

You can just forgive all the wrongs, the painful wrongs and it's all settled here..

Coz anytime is the best time to forgive..


ApaYangSayaRasaHariIni :: Agak2 sapa yg pernah buat salah dgn ceq cepat2 lah minx maaf.. Sebab taring ceq agak lembut hari nih.. huhuhu.. >.<  ^_^

Tuesday, November 06, 2012

Frust + Menonggeng


Babak frust edisi drama Melayu = Termenung tepi tangga + bucu katil + luar jendela.. Xda selera nak makan + mandi pun tak lalu.. Muka cengkung + badan kurus melidi + jalan pun dah macam Zombie dalam game 'The House of The Dead'.. Tunjuk muka mintak ditembak.. Menonggeng tak sudah.. Ditinggalkan + Meninggalkan.. hey hey hey.. Itu sudah lumrah.. Sama ada kau yang akan blah, atau pun dia yang akan pergi.. That's it.. Even yg dah berkahwin pun, salah satu akan pergi dulu.. Untung sangat lah mati sekali dengan pasangan. Sehidup Semati katanye.. Tapi pada hakikatnya berapa ramai sangat yg sebertuah itu?

Ada yang ckp 'ko boleh lah cakap banyak, sebab ko x merasa lagi'.. hey hey hey.. silap sungguh kata2 itu.. aku pun pernah kenal apa itu DITINGGALKAN'.. yaaa.. I admit it.. I know how its feel when our life is like stuck in the middle of nowhere and feel lost too.. tapi last2 kita kena lepaskan jgk.. dan itu yang aku buat.. tapi xdalah nak frust menonggeng sampai tunggang terbalik hidup ko.. yg kononnya x boleh hidup tanpa dia.. a'aah.. mcm lah before ko knl dia ko x boleh hidup tanpa dia kann.. oksigen lagi penting nway.. hoho.. >.<


Ada jgk yang putus cinta sikit2 dok kelar-kelar tangan = style budak2 skulah lah sangat.. bila tanya dah berapa tahun bercinta, jawapannya dah 2 bulan.. ohoiii.. dafuq? Setakat dok bercinta setahun jagung tu tak payah la nak melarat sangat.. Masalah orang lain lagi complicated pun takde lah sampai nak tulis buku 6000 page.. Tak salah nak frust menonggeng bagai tapi biarlah berpada, biarlah bersesuaian.. Kalau kau dok tunggu beribu tahun (Hiperbola) sekali pun, if jodoh tu bukan untuk kau, jadi maknanya memang tak ada harapan.. dan sekali lagi aku menerima jawapan.. 'ko senang lah cakap' kau x merasa lagi.. ohhhh.. yeaaaaaaa... mungkin.. xpa3.. when it happened to me, I'll let U know.. okay? ~  >.<



NotaKakiKuDiBibirmu: Just Move On! But, don't try too hard to erase.. Instead, write new story.. It's the art of moving on U know~ ^_^

Thursday, July 12, 2012

wondering~

wondering..

dah berapa kali lah awak tipu saya since 4 tahun yang lepas tu yeh.. hurrmm... >.<

Sunday, June 24, 2012

Lelaki & Awek Seksi


Well, x dinafikan kebanyakan lelaki memang sukakan gadis2 yang berpakaian seksi meksi.. Nak-nak bila gadis tu gadis yang ‘miskin’ (pakai baju adik) yang baju saiz xs tapi badan saiz xl.. Tak pun yang pakai skirt yang singkat.. Tak pun.. haaalaaaah.. senang-senang pergi la mana-mana shopping mall then talakan la mata tu kat amoi-amoi yg cun melecun.. Memang 'pergh!!'.. Tapi, tahukah anda bahawa lelaki akan hanya cakap “pergh!” pada pandangan pertama je?? hehehe.. kan kan kan.. ceq tau lah.. member ceq ramai lelaki.. :p

Gadis seksi tentu sekali boleh tarik pandangan mata lelaki.. Advantage pulak bagi gadis yang ada wajah yang cun melecun.. Tapi tapi tapi.. jangan sesekali salah sangka. Lelaki hanya lah berminat dengan luaran anda ya wahai para gadis seksi.. Kalau nak diikutkan, berapa peratus sangatlah kaum lelaki yang nak cari awek / bakal isteri yang seksi? I can say... it’s almost 5%.. Why? hmmmmmmmmmm.. go go chekidaut!! ^__^

cuba anda fikirkan yeaa.. Anda adalah lelaki yg handsome.. Eh tak.. Anda adalah lelaki tak handsome.. haaaaaaa.. awek anda pula seksi + lawa (majority lelaki tak handsome dapat awek lawa.. hehe).. So, bila awek anda seksi, akan ada ramai lelaki pandang hot-hot spot yang terdedah tu.. Jadi, apa perasaan anda bila ada ramai lelaki lain pandang badan awek anda?

Ya. Anda fikir boyfriend(s) anda suka ke kalau ada lelaki lain pandang bahagia-bahagian hot awek mereka? No. I don't think so..

Eh, i mean... Hell no! wuuhooooo..


So-and-so-and-so-and-so..............

Dengan memakai pakaian yang seksi, sememangnya boleh menarik mata lelaki.. Tapi at the end, anda akan di mark sebagai perempuan murahan kalau terlampau seksi.. Dan paling jauh pun, lelaki hanya akan mintak no telephone anda yang sexy untuk ber-geli-geli.. Nak buat bini? Tak payah berangan lah hohhooiii.. Tak percaya, tanya mana-mana lelaki dengan ayat “Kalau ada perempuan bogel depan u, and ajak kahwin, u terima tak?” Lelaki tu pasti akan menjawab tak.. (except someone yg ceq kenal.. Janet pun setuju okay.. hahaha.. :p) So kenapa lelaki suka pandang hot spot gadis? Well, ianya mungkin adalah kerana peribahasa “rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.. Nak-nak, bila dapat show free..”

So, kalau anda mengharapkan suami or boyfriend(s) yang baik, pastikan anda tak menarik lelaki dengan pemakaian yang seksi.. Lagi pun, anda tentu tak suka kan lelaki yang kahwin dengan anda semata-mata kerana seks, kan? kan? kan? ceq pun x suka.. Kalau boyfriend(s) yang couple dengan anda semata-mata demi seks lagi teruk. Confirm touch-n-go.. minx simpang lah.. heemmm.. >.<

Lelaki ni mengada sikit.. Masa belum nak kahwin, sibuk rosakkan anak dara orang.. Tapi bila nak kahwin, tak habis-habis cari yang fresh-fresh.. a'aahh.. iyalaahhkan.. 'Perempuan kan ramai'.. Eeeeehhh? DAFUQ?? >.<




Jangan Pernah Gusar~ ^_^

untuk entry kali ini ceq lebih suka memulakannya dengan pepatah  'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'..

ceq pernah terfikir, pernahkan kita cuba kaitkan kata-kata ini dengan maksud yang lain dari biasa.. yalah.. Selalu bila kita dengar kata-kata diatas, orang akan secara tak langsung kaitkannya dengan orang yang susah, sakit, tersiksa, merana dan etc. Dan bila orang yang susah, haruslah ada orang yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan.. sudah lumrah kan.. kita manusia, tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sahaja.. hmm.. iyalahhh.. Sorang-sorang nak masuk syurga biar orang lain masuk neraka. Mana boleh.  taa bole.. taa bole..taa bole.. Tak baik lah cenggitu.. ^_^


Tapi, dalam usaha untuk menolong itu pun haruslah didukung oleh pengorbanan dan kesabaran. Kena sentiasa bersangka baik. Bersangka baik dengan semua benda, dengan manusia, dengan persekitaran dan paling penting bersangka baik dengan Allah swt.. contoh terdekat = parents kita sendiri.. depa mudah memaafkan.. Mudah melupakan.. Mudah bersangka baik.. Sudah itu fitrahnya. Mana ada ibubapa dalam dunia ini yang tak sayang anak sendiri walau sejahat mana pun anaknya itu.. kan?? ^_^

Begitu jugalah perumpamaan yang sepatutnya ada dalam hati antara kita dan orang lain  yang bila kita melihat mereka, rasa ‘terbeban dengan apa yang mereka lakukan’. Kalau selama kita hidup kat dunia ini, sedikit pun tak pernah rasa terbeban, there must be something goes wrong somewhere. Pasai apa?  Pasai nama pun manusia.. kalau awak tuh patung kaa, robot kaaa, x daa perasaan, iyaa laahh kot.. huhu.. >.<

Cekgu omputeh ceq dulu selalu cakap 
How can you judge a book by just looking at its cover?.

Simply impossible.. Sedangkan dalam menilai buku pun kita tidak boleh meletakkan label tertentu hanya dengan melihat luaran, apatah lagi bila melihat manusia.. Bersangka baik dalam setiap perkara yang kita lihat di depan mata. Kalau perkara belakang mata lagilah tak boleh nak bersangka buruk kan?. Macam mana kalau kita terpengaruh dengan fitnah orang lain kepada orang lain?. Bukankah dosa fitnah tu lebih besar dari membunuh? Tak ke nanti kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang bersubahat dengan fitnah kalau kita turut percaya dengan apa yang di’fitnah’ kan orang lain?. Eheemm.. entahlah.. ceq pun kalau nak dikira bukannya baik sangat pun nak bagi tazkirah dekat orang lain.. hehehehe.. =p  >.<

Ustazah ceq pernah cakap 
Cuba bayangkan kalau kita bersangka buruk pada orang, lepas tu mengumpat pulak dengan orang lain, lepas tu tak betul pulak, lepas tu jadi fitnah, lepas tu ikut ayat diatas kita dah macam bunuh orang dengan sangat kejam, lepas bunuh makan pulak daging orang tu. Aaaaaaaaaaaaaaaa.. Tak jijik ke? Tak geli ke? Kita yang dok bayangkan pun sudah geli-geliman. Hmmmmmmm.. Sebab tu lah kena sentiasa bersangka baik kepada orang lain, dan jauhi berprasangka.. hmmmmm.. terima kasih ustazah~ >.<

Dua tiga hari ini saya rasa ramai sangat orang termasuklah ceq sendiri sering kali berada di dalam kekeliruan, mencari fakta, mencari berita sehingga hal-hal tersebut seolah-olah merumitkan kehidupan sendiri. Harus diingat, tak semua persoalan perlukan penjelasan.. hmmm.. Mungkin kita tidak faham apa maksud dari semua Qada dan QadarNya, tetapi pasti Allah ada jawapan atas semua itu. Bersangka baik tu penting untuk ketenangan dan kebersihan hati.. Tak mudah, tapi tak jugak susah. Pendek kata, apapun tak mustahil. Nothing is impossible kate orang putih.

Prasangka tu kan asalnya dari pra+sangka. Kalau sangka ni, maksud dalam kamus dewan aka wikipedia BM, macam sangsi. Kalau tak silap ceq lah kann.. hehe.. Pra pula ‘intro’ kepadanya yakni sebelum masuk kepada maksud sebenar(bak kata mama Zila masa kelas BM dulu.. ^_^). Maknanya prasangka = adalah intro kepada sangka. Contoh macam kita tengok je orang tu sekali, takde kaji apa-apa pun, dah menilai. Sedangkan ini pun Allah larang, apatah lagi bila masuk perkara lebih besar seperti menilai orang dengan melihat banyak-banyak kali atau menilai orang yang kita kenal dengan sangat rapat. Menilai disini adalah dengan menilai dengan sesuatu yang buruk. Bukan yang baik. Bila menilai dengan yang baik, harslah ianya akan mendatangkan kebaikan.. kan kan kan?? ^_^. =)

Bila perkara basic seperti ini sudah clear, barulah kita sebagai manusia dapat menjalankan kehidupan sehari-harian dengan baik dan tenang. Boleh sabar dan tabah dengan apa sahaja ujian dan dugaan yang Allah berikan dalam dakwah. Hati tenang, pahala pun dapat. Indah kan Islam?..^_^..Ikut je cakap Allah, terus hidup kita bahagia dunia akhirat. Kita hanya berusaha, kesan dan natijah, serahkan kepada Allah swt kerana itu bukan lagi ‘kerja’ kita.


Nota Kaki = Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri supaya tidak tersasar arah dan tujuan..

Wallahualam.. ^__^




Monday, June 11, 2012

K.H 1

Kata Hikayat,


Kadangkala kita tak dapat benda yang kita kejar selama ini..


Kita berputus asa..


Kita melupakannya..


Namun begitu, tanpa kita sedari, ia sebenarnya mengejar kita..


Jadi, jangan pernah mengeluh.. ^_^

Sunday, June 10, 2012

tentative perjalanan ceq minggu nih.. haha.. =p

journey untuk minggu ini..

Penang-Seremban (4Jun) --->> sampai rumah.. kerja ceq = makan+tido+layan movie (grease hari2..) jalan2 pon area seremban jaa.. ^_^

Seremban - Pahang (8Jun) --->> balik kampung belah abah~

Pahang - Jelebu (rumah lama) (9Jun) ---->> balik rumah lama.. buat misi mari mengemas laman rumah together2.. dah macam kebun serai dah aku tengok.. penuh dengan serai.. berimbun2.. dari depan sampai lah ke belakang.. cukup untuk masak 4 kali kenduri.. hahahhaa.. =p

habis misi mengemas, pergi makan kenduri.. anak cikgu sekolah rendah aku kawen..

Jelebu - Kuala Pilah (9Jun) --->> p kenduri kawen jugak.. rumah relative.. ^__^

Kuala Pilah - Gemencheh, Tampin (9Jun) --->> balik kampung belah emak.. ^_^

Tampin - Seremban (9Jun) --->> baru sampai rumah balik.. weehuuuuuu.. ok penat.. >.<

Thursday, May 31, 2012

pokok oh pokok

"Bila rasa sunyi, bila ada mslh, bila org x perlukn kita.. carilah pokok yg paling dekat dgn anda, luah je apa yg anda rasa nk luah.. kalo nak mnangis truskan mnangis.. mnangis tu bgus utk kesihatan kan.. untungla jadi pokok, walau macam mane pun pandangan kita dia tetap xkan bersuara.. bertapa teguh pendirian pokok di dunia ni.." = by Mista Fixx..




oke.. nak p carik pokok sat.. hahahhaa.. =p

Wednesday, May 16, 2012

menangis??

kadang-kadang aku teringin menangis bila ada masalah..

tapi air mata nih still degil x nak keluar..

menangis dalam hati ja lahh kot..

boleh??  >.<

Saturday, May 12, 2012

Aku tak janjikan apa apa..

Aku tak janjikan apa apa untuk kau sentiasa jadi kawan aku..

Maaf..

Sebab bukan itu caranya untuk aku berkawan..


Aku tak janjikan puji pujian untuk kau jadi kawan aku..

Maaf..

Sebab bukan itu caranya aku tunjukkan penghargaan sebagai seorang kawan..


Aku tak janjikan yang aku akan sentiasa jaga hati kau, agar kau tak akan sakit hati dengan perangai aku..

Maaf..

Sebab bukan cara aku untuk jaga sebuah persahabatan dengan nilai kepura2an..


Aku tak janjikan yang aku akan sentiasa tolong kau bila kau susah..

Maaf..

Sebab aku manusia biasa.. Segalanya adalah terbatas.. Tak semua perkara yang aku boleh buat untuk kau..


Kalau mengharapkan ini semua daripada aku..

Maaf..

Sebab aku bukan orangnya..  


Tapi aku akan sentiasa ada sebagai kawan kau..

bukan sebab aku perlukan kau untuk sesuatu atau pun sebaliknya..

tapi sebab aku anggap kau kawan aku.. sejujur-jujurnya..

terpulang kepada kau untuk hargai kehadiran aku sebagai kawan..

aku tak kisah..

tapi walau bagaimana sekalipun..

aku tetap kawan kau (kalau kau masih anggap begitu) & bagi aku kau tetap kawan aku..

titik!


P/s : update pakai phone memang teramatlah sukarnya.. Sekian

Sunday, May 06, 2012

tak apa - kalau tak nak - cakap x nak..

tidak mengapalah.. kalau tak nak.. cakap jaaa tak nak.. senang orang nak faham.. jangan buat orang lain rasa macam haram.. macam kami nih memaksa sangat pulak kaann.. tapi apa2 pun terima kasih lah ye, walaupun dalam keadaan x sudi2 tuh.. >.< aku nih bukannya jenis perempuan cepat tacing dek sebab menda2 picisan yg sekali lalu di tiup angin nih.. tapi aku juga bukannya perempuan yang tough, gagah lagi perkasa sampai langsung tak ada hati dan perasaan untuk dijentik sbb menda2 kecik nih.. dah nama pun manusiakan.. kalau asyik nak nampak tough jaaaa 24/7 susah jugakk.. sbb mereka2 yg disekeliling selalu mengambil mudah.. hmmmmm...

>.< paham2 sendiri sudah.. sekian.. terima kasih..

NotaKakiDiBibirMu : jiwa ceq mmg agak kacau lately (bkn sbb masalah perempuan n stuff).. so, maaflah kepada mereka2 yang selalu menjadi mangsa.. sekian wabillahitaufiq wal hidayah.. Assalamualaikum w.b.t


Friday, May 04, 2012

mimpi??

lately ramai yang bermimpi psl ceq..
kandungan mimpi dia : biarlah rahsia.. hahaha.. ;p
haaaaaaaa..
orang tua2 ckp kalau kita mimpi org tuh, maknanya kita asyik teringatkan orang tuh before tidur..
sbb tuh sampai terbawak2 dlm tidur..
alaaaaaaaaaaaaaaaaa..
terima kasihlah kepada mereka2 yg mimpikan aku nih..
kalau sudi mimpi lah lagi..
kui3.. hahahhahaaaa.. ;p  ^_^

p/s :: mimpi itu mainan tidur.. kalau asyik dok teringat pon susah jgk kan.. okelahh..

NotaKakiDiPerutMu :: hmmmm.. bilalaahh nak termimpikan Captain America nih.. nakk jgk.. heeeeheee.. ;p  ^_^

Thursday, May 03, 2012

Wednesday, May 02, 2012

bosan wehhh..

mulut cakap tak cuka..
tapi dok jugak melayan2 jugak lagi tuh..
ape ke bangang laaaahhh beliau nih..
semak betul..
bosan weeyhhh!! haha.. >.<

Tuesday, May 01, 2012

Aku jugak sahabat kau ♥ ^_^

Kalau satu hari kau menangis..
Bagitahu aku..
Aku tak janji nak buat kau tersenyum..
Tapi aku boleh menangis bersama kau :')


Kalau satu hari kau ada masalah..
Bagitahu aku..
Aku tak janji nak bagi penyelesaian..
Tapi kau boleh kongsi dengan aku :')


Kalau satu hari kau nak pergi berjalan..
Bagitahu aku..
Aku tak janji nak halang kau..
Tapi aku boleh teman kau :')


Kalau satu hari kau perlukan seseorang untuk mendengar cerite kau..
Aku janji aku akan ada untuk kau :')
Tapi kalau satu hari kau perlukan aku..
Dan aku tiada..
Mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan aku :')


Aku jugak sahabat kau ♥

over?? relax2 sudah.. ^_^



Assalamualaikum.. hai hai hai!! ^_^

La ni, ceq nak tules something untuk kita sama2 fikirkan. Kalau ampa suma pesen malas fikir, ceq takleh tolong la.. Otak ampa kan, pepandai la nak guna. ceq tak masuk campur.. huhu.. >.<

Bila ceq nampak jaa couple lalu depan mata, mesti dok terfikir --->> 'Bagusnya ada orang sayang.. haaihhh.. Tapi, betul ke dia sayang ? Macam mana tahap perasaan sayang dia tu?

Soalan ni biasanya akan terdetik dalam benak kepala geliga ceq nih nak2 lagi bila ceq dok tengok depa macam melebih-lebih.. aaaaaaaaa.. Melebih-lebih ke terlebih sudah ke, x tau lah ceq.. Tapi, itulah dia.. hah.. Pernah tak ampa tengok, kenapa bila perempuan tu dah kena macam-macam dah dengan pasangan dia, tapi maseh nak jugak bertahan? maseh lagi terhegeh-hegeh? Tolonglah jangan habaq mai dekat ceq yang itu semua pasal cinta.. Cinta itu buta lagi membutakan semua tu ceq dah lama tahu. Tapi, apa yang ceq nak tahu sekarang nih, apa punca dia jadi tak boleh tinggalkan je pasangan dia kalau sampai tahap tak larat dah nak melayan kerenah pasangan dia tu?? hurrmmmm.. There must be something fishy... Ah sudah. Jangan bagi ceq speaking.. huhu..

Contoh?? ceq boleh bagi.. haaaaaaaaaa.. antara contoh2 terbaik ialah macam dia penah melabur banyak duit ke untuk pasangan dia sampai sayang gila nak putuskan hubungan.. haaaaaaaa.. Ataupon, dorang penah buat apa-apa yang di luar jangkaan ke sampai tak sanggup nak lepaskan si dia pergi.. Atau apa saja.. hmmmmm.. mybe.. >.<  Yang penting, tolonglah jangan bagi ceq alasan, "tittew cayawng diew cangawt cangawt.. titew ta leyh hidorp tanpew diew.. Ittew lewbeyh welew (rela) matiew dawipadew hidorp tadew diew". ada yang kena tinju laju2 dgn ceq sat lagi...

Maybe adalah lebih elok sekiranya kita dapat bersederhana dan tidak melebih-lebih.. yaaaaa.. Seriously.. Sebab once kita dah overdo in a relationship, we'll tend to regret. Soon.. haaa.. Thats d reason why still ada orang boleh meroyan sampai dua tiga tahun lepas putus dan lebih dahsyatnya tak kawen terus lepas putus cinta? Sebab dia terlampau mengagung-agungkan perasaan yang pernah dia alami tanpa membuka ruang untuk peluang yang seterusnya. Dan kenapa pula ada orang dengan sangat mudahnya melepaskan pegangan dalam satu-satu hubungan? Sebab mungkin dia bersambil lewa dalam hubungan dan tidak memupuk perasaan dengan bersungguh-sungguh, maka jika putus sekalipun, derrr apedehal.. (okayy.. thats me.. hmmpphhh.. >.<)

konklusinya ---->> jangan lah melebih-lebih & jangan pulak mengurang-ngurang.. Maksudnya, just be moderate. Untuk meroyan tahap dewa19 actually membuktikan yang kita sebenarnye sangat melebih-lebih dalam perhubungan.. Tetapi, untuk tidak meroyan langsung pula menunjukkan yang kita tak beria langsung dalam perhubungan yang sebelumnya. Serba salah bukan? Maka, bersederhanalah.


Yaaaa.. memang tak dapat dinafikan yang kebanyakan pengalaman lampau mengajar kita erti kehidupan.. Tapi, ceq juga tak nafikan yang memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang dengan lebih kerap turut mengajar kita erti kehidupan.. Bagi ceq, akan ada lebih banyak penyesalan yang bakal berlaku kalau kita kerap sangat menoleh ke belakang.. Sebab nanti, mulalah; 'Kenapalah aku kenal dengan dia. Kalau aku tak kenal dia, takde la aku meroyan macam skang ni...' haaaaaaa.. kan3.. ^_^

So, hati ampa orang, ampa orang sendiri lah p jaga.. Jangan nak dok harap sangat orang lain tolong jagakan untuk ampa.. Nanti dia bukan dok tolong jagakan, dia tolong hancurkan lagi ada.. Otak ampa, ampa pikiaq lah sendiri.. Jangan nak harap sangat orang lain fikirkan.. Kang ada yang jadi Pak Pandir pulak..


p/s : Kenapa mesti melebih-lebih bila kita tahu kita boleh pilih untuk bersederhana? *sound effect - bunyi cengkerik*   ^_^




Monday, April 30, 2012

jangan nak dok feeling2 lah.. ;p ^_^

Jangan bandingkan kisah cinta anda dengan Filem² chentha...


Kerana sesungguhnya kisah mereka ditulis oleh penulis skrip..


Anda punya telah ditakdirkan oleh Allah...


hahahaha..


 ^_^

Tuesday, April 24, 2012

feeling-feeling sana sini.. ^_^


okay.. tema post ceq minggu ini = cintan-cintun.. (mood menggedik) hahahaa.. ;p   this one ceq dedikasikan khas untuk member ceq ---->> Detie Hayatie.. heheeeeeeeee.. ^_^ eheeeemmm3... ^_^

1st of all... pernah x hgpa semua lalui saat 'hg tahu hg suka gila kat some1 nih tapi doq pikiaq macam cepat nak jatuhkan perasaan hgpa pada dia sebenarnya adalah perasaan suka@bercintan cintun.. maka dengan paksa relanya, pendamkan ja sampai jadi pekasam..  sampai si ehem ehem dikebas orang.. depa tgh bahagia, hgpa plak dok berputih mata..' haaaaaaaaaaaaa.. Pernah tak rasa? Eh tak daa.. tak daaa.. ceq tak penah rasa pon... saja jaa tanya.. hahahaha..  ;p  ^_^


Biasanya perasaan yang kita rasa ni ada banyak sebab.. Ni yang ceq nak share sikit ni antara sebab-sebab yang ada.. go!! go!! CHekiDAUD yaalll!!




1 -->> Tak setaraf


Keadaan tak setaraf ni sebenarnye banyak cabang eaaa.. pelajaran kah?? rupa kah?? harta kah?? agama kah?? adik beradik kah?? (motip sampai ke adek beradek bagai nih.. huhu.. ;p) Tapi kalau part yang tak setaraf ni, kompom kita mesti akan cakap cenggini--->> "Alaaa... Dia hensem, mane mungkin dia nak pandang kita yang muka tak siap ni...".. haaaaaaaa.. tak pon, "Pehhh, anak orang kaya kot! Kereta mata belalang siap ada kening+bulu mate tuhh.. Takkanlah dia nak pandang insan marhaen macam aku.." kalau tak pon --->> "Ish... Taknak lah.. mustahil gila kot aku dengan dia.. Dia tu dah jadi propesor tahap emeritusss.. ceq nih keja kat kedai jahit baju unipom propesor ja boleh la.." n etc.. Mesti akan keluar ayat-ayat macam ni kan? Kan? Kan? heeeheeeee.. ^_^ last2 nanti kompom hgpa suma akan macam --->> "Ermmm... Takpalah.. Tak mungkin kot aku dengan dia.." (macam kenal jaa ayat nih.. errkkkk heeeheee.. ^_^)




2 -->>  Takut mencuba


Perasaan yang hgpa dok simpan dan tak terluah tu jugak mungkin boleh disebabkan oleh perasaan takut mencuba.. heemmm.. ceq punn takut jgk laa nak mencuba2 nih.. tapi.. tak salah kan sebenarnye? cuma yang salahnya bila korang frust gila babi mengalahkan babi hutan lepas dah mencuba tu.. ehheeemm.. iyeeeee.. opkoslah sakit, tapi nak buat macam mana lagi kan.. dah itu memang risiko yang hgpa kena hadap lepas dah mencuba.. bak kate orang dolu2.. Belum cuba, belum tahu.. At least, kalau tak nak cuba direct pon, tak salah kot bagi hints2 bagai nak gila.. Hints tu kalau orang belah sana buat2 tak paham gak, okay tak payah dah susah2 nak teroskan.. itu maknanya, orang sebelah sana memang taknak la tu.. buat bodoh jaa sudah.. ahahahahaha.. meyh berpantun sat---->>


Pinggan x retak..nasi x dingin..
kau xnak.. aku pun x ingin..

p/s : tepuk tgn sorng2 lerh kome jawabnye..




3 -->>  Taknak buang masa


actually, ceq rasa laahh kan ramai jugak yang pesennye macam ni.. Macam ada sesetengah orang.. eeeerrrr.. okay.. ceq laaa orang tu.. yang dok berangan nak kawen cepat tapi tapi rasanya mcm x patut jaa lagii.. hmmm.. ceq selalu ja rasa macam taknak dah berchentan chentun nih.. haa.. yg ini xda kena mengena langsung dgn bab yg berkaitan dengan couple = haram ke ape ke.. it just ceq rase dah malas nak buang masa dengan chentha2 bagai nih.. Yela, let's imagine.. Kalau ceq couple tahun ni. tup-tup dua tahun lagi putus.. Sayang dah gila dah ni, tapi sebab dah clash, maka kecewa pada skala maksima.. haaaaa.. takyah cakap la.. Okay, lepas dah kecewa, mesti rase susah nak move on kan dan akan tersekatlah dalam fasa 'hey3! aku-tak-percaya-cinta' selama err contohlah tiga tahun.. haaaaa... Baru berbaloi2.. dok bercinta = dua tahun, kecewa = tiga tahun.. style kann? hahahaha.. ;p  ^_^  Okay, dah tak nak move on dah tiga tahun, pastu baru nak mula belajar bercinta balik tahun keempat.. Masa tu nnti suma orang dah sebok kendong anak dua-dua belah tangan.. dalam stroller sorang, kat laki ada lagi sorang.. ceq? dok melangut?? Termenung? Baru nak blajaq bercinta balik macam konon-konon diri sendir remaja lagi? sangatlah x boleh blaaa.. hohooiii.. ;p  ^_^




4 -->> ehh.. ehh.. gaduh ke jodoh?


eheemmm.. gaduhh?? haaaaaa.. ceq sebenarnya suka ja kalau orang yang ceq tengah suka tu cari gaduh.. Yalah, at least kita boleh tahu perangai sebenar dia.. kan? kan? kan? Aku suka claim yang aku benci kat orang yang aku tengah suka..(nih zmn skulah2 dulu lah) Mahu tak benci.. I benci tau dok feeling2 sensorang nih.. Rasa nak meletup je bagitahu kat U yang tak paham-paham bahasa tu yang I suka kat U! U ingat senang ke haaaa??? =.=' mencik3.. <---- rasa menyampah bila tulis macam nih.. sampai macam nak pukul diri sendiri.. bluuwekkk.. *vomit.. hahahaha.. ;p  Tapi bak kata member ceq yang baru lepas putus cinta lah kan.. = "Aku tahu Allah akan bagi apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu" haaaahhh.. tuddiiaaa.. termenung jugak la aku.. Mana tak nya.. punya lah dok berangan nak yang kacak, hensom lagi bergaya lah.. bagai2 kaann.. (biasalah.. perempuan.. hahaha.. ;p ) tapi mungkin aku hanya perlukan sorang laki yang tak berape nak kacak tapi penyayang, haaaaaaa.. yang boleh melayan aku.. aaaa.. dan mungkin tinggi sikit je daripada ceq nih(ceq dah lah rendah.. atleast tinggi sikit kira okay lah kan3.. huhu.. ;p  ^_^)  Dan rupa2nya ceq hanya perlukan laki macam tu.. haaaaaa.. Mana la tahu kannnn kan kannn..... (tapi kalau boleh nak jugak laki yang tinggi dan kacak!<< nak jugak!! aaahahahahahaha.. ;p  ^_^)




5 -->>  apolakk jadah eaaa den nak type banyak-banyak nih?? ahahahahaha.. ;p  hemmmmmmmm.. actually, ceq pun tengah dok jiwa kacau nih.. niat di hati tak nak kecewakan orang dan lagi la tak nak kecewakan diri sendiri.. tapi laahh kan.. kalau dah dok terbayang2 dia pon boleh buat kau senyum.. haaahh.. mcm mane tuhh?? Tapi tulah kann.. Benda macam ni bukan mudah tapi tak susah pon sebenarnye.. ahhaaaaaaa.. awak2.. ye lahh.. awak yang disana tuh (walaupun saya x tahu siapa awak sebenarnya.. hehe~).. hmmm.. apalah salahnya awak masuk ja meminang saya dan kita bina hidup bahagia bersama.. hewhewhew.. hahahahahaa.. ;p  ;) >.< (gedik gila)  Haih, payah jugak kalau yang mampu dibuat hanyalah memeluk mimpi.. heeeeheeeeeeheeeeee.. ;p (kalau dah perempuan tuh, perempuan jugak laahhh.. ^_^ )




p/s : LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPAN pada yang mudah menyerap harapan.. hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah.. bila sekali terluka, nak rawat balik susah..


p/s : PEREMPUAN :  Never Ever2 assume that someone likes you just because they're being sweet.. coz, some people just make you an option when they're bored.. remember that.. nway.. Friendship is good.. Don't crap it up by falling in love.. lain lah kalau orang yang sebelah sana pon ada hati jgk.. untunglaahhh.. kann3.. hehehehee.. ;p  ^_^ 




Nota di Tapak Kaki -  Tak payah nak buat kemaih sangat lah.. cinta lepas kahwin lah.. cinta jangan nak teruk-teruk lah.. Cinta Tuhan yang satu lah.. bla bla bla.. yada yada yada.. yaaa.. We all know that.. But, it just.. heemmm.. disappointment happens.. You know that.. Everyone experiences it.. This is merely an expression of feeling.. heeeheeeee.. okayy... PEACE YALL!



^_^

Sunday, April 15, 2012

Penakut~

ye.. saya mengaku saya penakut.. >.<



Saturday, April 14, 2012

I'm "completely" fine~


peeps ask me ---->> why u always like this? hmmmmmm.. nak buat camana.. bila dah biasa sorang2 xdaa tempat nak mengadudomba nih (xdaa yg sudi), ini lahh yg termampu ceq buat.. (bunyi macam loser gila).. tapi inilah hakikatnya~ hahahahhaa.. ;p ^_^


hurrmmmm... >.<

Friday, April 06, 2012

50 LANGKAH ANAK MERDEKA – Majalah Dewan Sastera September 2008.


Telah 50 langkah di hadapan

Meninggalkan gapura kesengsaraan

Melewati duri-duri sengketa

Di rimba duka

Untuk menjulang mercu kegemilangan

Berbumbungkan kedaulatan

Berdindingkan kesejahteraan

Melangkah dengan jiwa perkasa

Yang tiada penghujungnya

Menyambung kembali carik-carik gembira

Yang dulunya retak di penjara

Telah 50 langkah kita tinggalkan

Meleraikan jejari kemunduran

Merakam hiba musim-musim perjuangan

Untuk menjejak halaman sentosa

Di perkampungan jiwa merdeka

Dibelai dengan nadi warisan

Dilindungi oleh pagar keimanan

Lalu direnjiskan titis-titis doa

Agar gagah menyelusuri puncak peradaban

Berintermesokan lagu-lagu damai

Nyanyian merdu seorang patriot

Kini digagahkan diri

Melangkah setapak lagi

Melukis sketsa-sketsa kehormatan

Menyambung kembali perjuangan

Memperkasa jati diri

Di muka antarabangsa

Biar mereka mengerti

Kita tidak lagi

Buta, tuli, bisu, dungu

Agar terus akur pada telunjuk mereka

Bersama air, tanah dan udara

Gagah di dunia insani

Demi kebahagiaan

Kesejahteraan

Keamanan

Kedamaian sejagat


FIEYADYNA NURDIN @ 2008

Saturday, March 31, 2012

Friday, March 23, 2012

Teater 'Manusia Raja' Redux & Selamat Datang Kapitalis!!

Pementasan Teater manusia Raja Redux bermula 23 March 2012-25 March 2012 bertempat di Panggung Pelenggang Cahaya, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.



Selamat Datang Kapitalis!!


Menjenguk sebentar pengalaman seorang pelayan kaunter restoran makanan segera yang berkerja kerana terpaksa menyara kehendak individualistik diri. Peninggalan puak-puak kapitalis sedikit sebanyak mempengaruhi ekonomi, sosial dan komunikasi membuatkan dirinya berada dalam dilema. Namun dia tetap menggagahkan diri demi mengisi temolok. ‘Manusia Raja’ Redux merupakan percubaan pertama saya ber‘monologue’. Saya mengalami beberapa kesukaran sepanjang sesi latihan berlangsung kerana monologue memerlukan seseorang pelakon itu untuk berimaginasi serta menghafal skrip yang panjang. Namun, kebebasan yang diberikan oleh tuan pengarah memudahkan saya untuk mengeksplore lagi watak agar tidak kelihatan terlalu canggung di atas pentas. MRR turut memberikan saya pengalaman yang baru disamping berpeluang beraksi dengan pelakon-pelakon yang tidak kurang hebatnya di atas pentas yang sama. Terima kasih di atas tunjuk ajar kalian!! ^_^

CIK FAIZ AKMAL

Monday, March 19, 2012

Somebody That I Used To Know



Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
I told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kinda sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make it like it never happened and that we were nothing
I don't even need your love, but you treat me like a stranger
And that feels so rough

No, you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
Guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believin it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know-oh-oh

But you didn't have cut me off
Make it like it never happened and that we were nothing (oh)
I don't even need your love, but you treat me like a stranger
and that feels so rough

(oh)

No, you didn't have to stoop so low
Have your friends collect you records
And then change your number (oh)
Guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Somebody that I used to know
Somebody (now your just somebody that I used to know)
That I used to know
Somebody that I used to know
Somebody (somebody) (now your just somebody that I used to know)
That I used to know

I used to know
That I used to know
I used to know
Somebody



~

Friday, March 16, 2012

'In a relationship'??

Orang cakap : Being in a relationship bukan 'sekadar label' ataupun 'setakat nak heboh 1 dunia yang kita sudah berpunya'.. its all about understanding, forgiving, receiving, giving n bla bla bla yada yada yada..


but i said (quote from uncle Google actually) : I want to be in a relationship where we can joke around, be each others best friend & take cute pictures.. as simple as that.. can ahhh?? hehehe.. ;p ;)


but what I've learn from the past : never ever ever change who U are for a guy/girl.. because if he/she truly loved u, u wouldn't have to change.. he/she would love U for who U are, not who he/she want U to be.. buat apa kita nak ubah diri kita n stay lagi kalau kita sendiri tak selesa.. kan kan kan.. not good.. not good.. ^_^




So, for now, saya lebih selesa macam nih.. bukannya nak budjet ala2 'forever alone' o 'lonely wolf' o what.. cuma family n member2 yang ada sudah memadai.. just nice.. thanx everyone!! ^_^ 'Special one'?? = bonuslah kalau ada.. tapi takut ada yang makan hati sebab ceq laa nih memang buzy tahap dewa..(erkk.. buzy ke??) hewhewhew.. ;p ;)







~


Monday, March 05, 2012

Cantik/Hensem itu Subjektif


ye!! cantik/hensem itu subjektif.. kalau objektif, kompom2 boleh jawab semudah A,B,C o D kan??

semua yang tampak indah dimata, dinilai dari sudut perspektif yang berbeza.. Contohnyaaa... Ceq rasa perempuan nih lawa ------->>>

Megan Fox

tapi ada yang cakap "biase je lah.. xdalah cantik mana pun".. haiihhh.. Cun melecun je aku tengok nih haaaa.. ^_^



Ada yang cakap mata sepet itu cantek/hensem..


ada yang cakap ladies/guys yang tinggi itu cantik/hensem..
Tapi kalau terlebih dose skala ketinggiannya mcm mana pulak ye.. anugerah tuhan.. I won't say anything.. ^_^


Ada yang cakap mereka2 yang bermata biru itu cantik/hensem..


Ada yang cakap mereka2 yang berdarah campuran espesyelly pan-asian itu cantik/hensem..


Ada juga yang cakap wajah melayu tulen itu cantik/hensem..
carik2 gambar yang best2 xda.. letak gambar ceq pun oke laa kan.. melayu jugak apa.. muahahaha.. ;p ^_^




Allah s.w.t menciptakan manusia ini dalam berbagai2 size, bentuk, tinggi dan warna kulit..

Muka lawa tapi dok mendengki sana sini, x comel jgk deh.. ^_^

Biar muka tak lawa, tapi hati baik.. InsyaAllah, semua nampak cantik..

Kalau muka lawa, pe'el pun elok, budi bahasa +sopan santun + ayu = menantu pilihan mak mertua.. memang terbaiklah.. hahaha.. ;p ;)

BUT..

Outside appearance always comes first.. biasa letewww..

Sudah lumrah manusia memang pencinta tegar keindahan..

Moral of the story, janganlah terlalu merendah diri sangat walaupun anda memang rendah.. heeheeee.. ^_^ selalunya orang cantik ni mempunyai skala confident level yang tinggi.. so, rajin2kanlah mengkompidenkan diri sendiri.. positif2 lah selalu..

hati positif >> minda positif>> muka positif = ceria2 selalu.. seceria kanak2 riang di Astro Ceria!!

^_^

p/s = petua paling mudah nak bagi muka berseri.. --------->>

Selalu ambil air Wudhu'.. (yang ini betul2 tapi laa ni dah jadi jawapan peberet artis2 bermuka plastik bila ditanya soalan cenggini) hihihi.. ^_^



peace yaall!! =D


~

Wednesday, February 29, 2012

Cerita2 Peberet = Edisi Zaman Kanak-kanak Rebina

Semalam habis training, macam biasa keluar makan.. borak punya borak, terkeluar pulak kisah2 pasal cerite2 yg hot dulu2.. so, ari nih ceq nak mengimbau kembali cerita2 yg menjadi peberet zaman kami masih lagi bergelar kanak-kanak rebina (sekarang tua sikit jaa pun)~ ^_^

USOP SONTORIAN

Haahhh.. sapa tau kartun nih?? tayang tahun 1996 kalau x silap.. time tuh umo ceq 6 tahun.. haaaaa.. rasanya, mesti ramai yang still ingat kartun nih.. even though tak segempak Upin Ipin dari sudut kualiti, tapi ada beberapa sej yang berjaya dilakar oleh siri U.S nih.. 1st cerita animasi dkt M'sia.. not bad jgk laa kan.. ceq ade jugak terbace dulu yang cita nih pernah pemes mase tayang dekat Jepun dulu sempena Festival Animasi Asia.. kira oke letteeewww.. ^_^

KELUANG MAN

ahaaaaaa.. ingat lagi x pasal hero2 made from hospital tampoi.. cerita pasal Borhan as Keluangman, pasal Samad(Tiongman) n pasal Inspektor Sahab.. ahhaaaaa.. aku x tau mcm mna aku boleh tertengok cerita nih.. tapi serius lawak..(kalau tgk time kecik2 dulu laaa.. dah besar2 nih x tau laa nak ckp ape.. Wallahualam.. wuuhhuu..) byk lagi sebenarnye.. Sailormoon, Dragonball.. ape lagi ahh?? lupa plak.. ^_^

Bila dah besar sikit.. dah reti tengok cerite cine.. macam2 cerite lah ceq tgk.. ----->>

Fong Sai Yuk

cerita nih boleh tahan lawak laaa.. main actor dia Dicky Cheung.. dia blakon mmg style.. lagi style bila dia jdi monyet.. pernah tgk cerita nih??------->>


The Monkey King: Sun Wukong
haaaa.. style kan.. ^_^

nih lagi satu cerite.. pasal kungfu2 jgk.. dah x hengat dah tajuk dia apa.. pasal journey budak 2 orang nih dalam dunia shaolin.. lawak gila kot.. daaa besar daaaa dorang rupenye.. ^_^

bila dah masuk zaman millenium, dah besar sikit, muncul pulak cerita latin.. bermusim kot.. mula2 cerita latin.. lepas tuh drama2 korea.. nden keluar pulak cerita2 Filipina.. Thailand pon x kurang hebatnya jugak.. masa mula2 masuk tahun 2000 dulu, keluar cerita Maria Mercedes dkt NTV7.. ceq bru tau rupe2nya si maria tuh pakai suara Sharifah Shahira.. haha.. aduiy..

cerita pasal si Maria nih dengan Jorge Luis.. haahhhaa...
lepas tuh muncul plak cerita--->>>

Rosalinda..

masih mengekalkan hero dan heroin yang sama = Thalia & Fernando Carrillo.. kisah chentha antara 2 darjat.. haha.. antara gadis si penjual bunga & pewaris harta terbesar dkt Mexico ; Rosalinda & Fernando Jose.. ingat dulu.. masa zaman skulah.. ada member tulis dalam biodata; nak pakwe muke mcm 'Fernando Jose'.. memang ke laut laahh perginyaa.. x tau laa ceq dia dah jumpa ka blom bf yg muka ala2 Fernando Jose nih.. hahaha.. ;p

haaa.. Habis cerita Rosalinda, klua pulak cerita nih ------>>

Mis Tres Hermanas..

boleh tahan hot jugak laa cerita nih.. fofular habis u... sampai Phyne Ballerz pun cover lagu tema cerita nih ; Vida.. ^_^

adaa lagi cerita2 latin yang hot2 zaman dolu2.. ----->> Yo Soy Bettye La Fea &

La Usurpadora.. 2002~


habis musim cerita latin, muncul pulak ribut drama korea.. 1st Korea series fofular yg berjaya terjah masuk ke Malaysia n terus meletup boommmm booommm boooommm -------->>

Winter Sonata @ Endless Love.. gila x hot??.. meletop kot.. mencanak2 naik kepopularannya.. haha.. nden muncul pulak cerita ----->>

Autumn In My Heart..

Yang aku ingat last sekali heroin dia mati.. Sedih siyutt.. wuhuuuu..

bila digodek2 lagi, banyak lagi sebenarnye.. tapi nih jaaa yang sempat ceq petik untuk hari nih.. kalau nak cerita pasal semua, sampai kesudah x habis2 lagi dok menaip.. ohoooiiii... ^_^



~

Monday, February 27, 2012

Move on


Just because i laugh a lot, doesn't mean my life is easy..

Just because i have a smile on my face everyday, doesn't mean that something is not bothering me..

Moving on doesn't mean forgetting..

It means U chose happiness over hurt..

I just choose to move on, and not dwell on all the negatives in my life..

Every new moment gives me the change to renew anew..

There comes a time in life, when u have to let go of all the pointless drama & the people who create it..

And surround yourself with people who make u laugh so hard..

so that, U'll be forget the bad n focus solely on the good..

After all, life is too short to be anything but happy.. ^_^

I choose to be that!!




~

~entry tambahan~


Ini budak memang kuat meroyan pepagi buta.. hobi3.. full stop!! haha..

^_^



~

Kisah 4 orang anak dara bergosip sampai ke pagi + 'Manusia Raja' Redux


lately my schedule was pack with class di siang hari n training3 di malam hari.. but then.. dlm buzy2 tuh smpat jgk kluaq minum lps abis training.. tak cukup dgn 'kedai jai' sambung pulak dkt khaleel.. bersembang2 sakan dgn beberapa orang 'anak dara' a.k.a bujang terlajak.. pelik jgk.. sbb tiba2 masing2 rajin p minum sama2.. asal p training jaa mesti we end up dkt mamak.. rasanya hobi nih start masa kami tgh sibuk dgn produksi Hantu Rumah Mayat sem lps kot.. masing2 sekepala.. tu yang boleh layan tuh.. borak punya borak.. sampai x sedaq ayam dah doq berkokok.. (walaupun pada hakikatnya mmg xdaa pon ayam dkt sinih.. hehe..) bila dah jumpa tuh apa lagi.. macam2 hikayat lah kluar.. sapa kata pompuan kuat bergosip.. lelaki lagi teror u... hahaha.. ;p paling latest = kisah chentha chentun 'Rahim & Seri' (hanya yg berkenaan shja yg akan paham).. hehe.. dah nak buat macam mana.. maseng2 semua single mingle.. kalau x, memang xlah nak dok hadap muka masing berjam2 sampai ke pagi kan.. redha je lah.. hoohhooiii..(bunyi mcm loser gila.. haha..) (^_^) thanx too Mior (yg tgh dok pening kepala psai fyp yang x sudah2), Zool (yg sebuk dok intern dkt NST penang sambil berpart time dkt warung 'uncle Setabak'.. bertambah mantap sejak 2 menjak nih), Sheikh(bru jaa balik penang setelah sebulan lebih dok bertapa kat KL.. sampai jaa penang trus ber'teater' balik.. welcome back dude..) Detie Hayatie(kalau dia rajin dia join lah.. kesian kot dkt ceq sbb ceq sorang jaa 'anak jantan' dkt situ.. haha.. ;p) (^_^)


oh yaaa.. laa nih kami tgh dok buzy dgn Teater 'Manusia Raja' Redux.. apakah?? ------>>>

'Manusia Raja' Redux

'Manusia Raja' = istilah yg dipetik drpd Kassim Ahmad(mencari jalan pulang).. Beliau menyebut konsep Manusia - Tuhan, iaitu manusia sebagai khalifah yg boleh menentukan nasib dan destininya sendiri, terutamanya yang buruk. Kerana yang baik itu datang daripada Tuhan. (Kasim Ahmad. Mencari Jalan Pulang : Daripada Sosialisme Kepada Islam. ZI Publications Sdn. Bhd. 2008. ms 15-18).


Maka, teater ini akan mengalunkan pemikiran manusia yg berasakan diri mereka bebas untul berbuat apa sahaja tanpa/walaupun menyedari kesan/impaknya terhadap diri dan masyarakat.


Lapan (8) buah monodrama akan dipertontonkan :

1. Komunikasi

2. Dalang Songsang.

3. Artisan Marhaenis.

4. Selamat Datang Kapitalis.

5. Aku Bukan Parewa.

6. Mimpi manis.

7. Variasi Daun Berguguran.

8. Jebat - Rahsia Kesumat.


untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk ------>>>https://www.facebook.com/events/183414571760745/

silaataupun ini ------>> https://www.facebook.com/events/183873278390160/





~

Friday, February 24, 2012

mak mertua tak jadik~

hari ni tiba teringatkan some1 yang ceq dah anggap mcm mak sendiri..

tapi dah lama tak contact..

tak tahu lah apa khabar dia..

harap ma sentiasa sehat walafiat.. aminn..


^_^

mereka2 yang saya slalu hadap di MNN.. ^_^

kali nih ceq nak membebel psl family2 di MNN..

kakak besar dalam mnn.. memahami + caring + buzy sentiasa.. known as Kak Sha..
p/s :: koje2 jgk kak Sha.. mkn minum kena jaga jgk.. ^_^

ini cik Amira Ismail.. antara adek beradik ceq lain mak+ayah paling rapat dlm mnn.. Sore dia sedap.. nak dgr.. meh layan channel dia sat.. --->> Miratheo ^_^


Ini adek tecik MNN.. dah pernah post pasal dia before this.. ce usya di sini --->> Kangkung Malaya Lahai


this is Afiq Ishaq.. hantu merapu ditengah2 malam.. kompom x kering gusi..
p/s :: cantek naa hang posing.. ^_^

Firdaus Zakaria a.k.a Aush.. Adik lelaki kecik dalam MNN.. pe'elnya sepesen jaa macam kangkung diatas.. wuhhuuu..


Arif Haikal --->> abang long mnn @ abg long kawasan.. buzy memanjang.. mengalahkan yb nak bertanding.. ^_^


encek Safuan ---->> merupakan peng'like' paling pantas dalam mnn.. cekap + tangkas.. hihi.. ^_^


Leman ----->> selalu macam chipsmore.. kejap ada.. kejap xda.. leman oohh leman.. hehe.. ^_^





~