Aku Hanya Lala..

~Lala yang dulunya gila~

I DON'T CARE - 2NE1

Sunday, June 24, 2012

Jangan Pernah Gusar~ ^_^

untuk entry kali ini ceq lebih suka memulakannya dengan pepatah  'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'..

ceq pernah terfikir, pernahkan kita cuba kaitkan kata-kata ini dengan maksud yang lain dari biasa.. yalah.. Selalu bila kita dengar kata-kata diatas, orang akan secara tak langsung kaitkannya dengan orang yang susah, sakit, tersiksa, merana dan etc. Dan bila orang yang susah, haruslah ada orang yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan.. sudah lumrah kan.. kita manusia, tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sahaja.. hmm.. iyalahhh.. Sorang-sorang nak masuk syurga biar orang lain masuk neraka. Mana boleh.  taa bole.. taa bole..taa bole.. Tak baik lah cenggitu.. ^_^


Tapi, dalam usaha untuk menolong itu pun haruslah didukung oleh pengorbanan dan kesabaran. Kena sentiasa bersangka baik. Bersangka baik dengan semua benda, dengan manusia, dengan persekitaran dan paling penting bersangka baik dengan Allah swt.. contoh terdekat = parents kita sendiri.. depa mudah memaafkan.. Mudah melupakan.. Mudah bersangka baik.. Sudah itu fitrahnya. Mana ada ibubapa dalam dunia ini yang tak sayang anak sendiri walau sejahat mana pun anaknya itu.. kan?? ^_^

Begitu jugalah perumpamaan yang sepatutnya ada dalam hati antara kita dan orang lain  yang bila kita melihat mereka, rasa ‘terbeban dengan apa yang mereka lakukan’. Kalau selama kita hidup kat dunia ini, sedikit pun tak pernah rasa terbeban, there must be something goes wrong somewhere. Pasai apa?  Pasai nama pun manusia.. kalau awak tuh patung kaa, robot kaaa, x daa perasaan, iyaa laahh kot.. huhu.. >.<

Cekgu omputeh ceq dulu selalu cakap 
How can you judge a book by just looking at its cover?.

Simply impossible.. Sedangkan dalam menilai buku pun kita tidak boleh meletakkan label tertentu hanya dengan melihat luaran, apatah lagi bila melihat manusia.. Bersangka baik dalam setiap perkara yang kita lihat di depan mata. Kalau perkara belakang mata lagilah tak boleh nak bersangka buruk kan?. Macam mana kalau kita terpengaruh dengan fitnah orang lain kepada orang lain?. Bukankah dosa fitnah tu lebih besar dari membunuh? Tak ke nanti kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang bersubahat dengan fitnah kalau kita turut percaya dengan apa yang di’fitnah’ kan orang lain?. Eheemm.. entahlah.. ceq pun kalau nak dikira bukannya baik sangat pun nak bagi tazkirah dekat orang lain.. hehehehe.. =p  >.<

Ustazah ceq pernah cakap 
Cuba bayangkan kalau kita bersangka buruk pada orang, lepas tu mengumpat pulak dengan orang lain, lepas tu tak betul pulak, lepas tu jadi fitnah, lepas tu ikut ayat diatas kita dah macam bunuh orang dengan sangat kejam, lepas bunuh makan pulak daging orang tu. Aaaaaaaaaaaaaaaa.. Tak jijik ke? Tak geli ke? Kita yang dok bayangkan pun sudah geli-geliman. Hmmmmmmm.. Sebab tu lah kena sentiasa bersangka baik kepada orang lain, dan jauhi berprasangka.. hmmmmm.. terima kasih ustazah~ >.<

Dua tiga hari ini saya rasa ramai sangat orang termasuklah ceq sendiri sering kali berada di dalam kekeliruan, mencari fakta, mencari berita sehingga hal-hal tersebut seolah-olah merumitkan kehidupan sendiri. Harus diingat, tak semua persoalan perlukan penjelasan.. hmmm.. Mungkin kita tidak faham apa maksud dari semua Qada dan QadarNya, tetapi pasti Allah ada jawapan atas semua itu. Bersangka baik tu penting untuk ketenangan dan kebersihan hati.. Tak mudah, tapi tak jugak susah. Pendek kata, apapun tak mustahil. Nothing is impossible kate orang putih.

Prasangka tu kan asalnya dari pra+sangka. Kalau sangka ni, maksud dalam kamus dewan aka wikipedia BM, macam sangsi. Kalau tak silap ceq lah kann.. hehe.. Pra pula ‘intro’ kepadanya yakni sebelum masuk kepada maksud sebenar(bak kata mama Zila masa kelas BM dulu.. ^_^). Maknanya prasangka = adalah intro kepada sangka. Contoh macam kita tengok je orang tu sekali, takde kaji apa-apa pun, dah menilai. Sedangkan ini pun Allah larang, apatah lagi bila masuk perkara lebih besar seperti menilai orang dengan melihat banyak-banyak kali atau menilai orang yang kita kenal dengan sangat rapat. Menilai disini adalah dengan menilai dengan sesuatu yang buruk. Bukan yang baik. Bila menilai dengan yang baik, harslah ianya akan mendatangkan kebaikan.. kan kan kan?? ^_^. =)

Bila perkara basic seperti ini sudah clear, barulah kita sebagai manusia dapat menjalankan kehidupan sehari-harian dengan baik dan tenang. Boleh sabar dan tabah dengan apa sahaja ujian dan dugaan yang Allah berikan dalam dakwah. Hati tenang, pahala pun dapat. Indah kan Islam?..^_^..Ikut je cakap Allah, terus hidup kita bahagia dunia akhirat. Kita hanya berusaha, kesan dan natijah, serahkan kepada Allah swt kerana itu bukan lagi ‘kerja’ kita.


Nota Kaki = Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri supaya tidak tersasar arah dan tujuan..

Wallahualam.. ^__^




No comments:

Post a Comment