Aku Hanya Lala..

~Lala yang dulunya gila~

I DON'T CARE - 2NE1

Thursday, May 31, 2012

pokok oh pokok

"Bila rasa sunyi, bila ada mslh, bila org x perlukn kita.. carilah pokok yg paling dekat dgn anda, luah je apa yg anda rasa nk luah.. kalo nak mnangis truskan mnangis.. mnangis tu bgus utk kesihatan kan.. untungla jadi pokok, walau macam mane pun pandangan kita dia tetap xkan bersuara.. bertapa teguh pendirian pokok di dunia ni.." = by Mista Fixx..




oke.. nak p carik pokok sat.. hahahhaa.. =p

Wednesday, May 16, 2012

menangis??

kadang-kadang aku teringin menangis bila ada masalah..

tapi air mata nih still degil x nak keluar..

menangis dalam hati ja lahh kot..

boleh??  >.<

Saturday, May 12, 2012

Aku tak janjikan apa apa..

Aku tak janjikan apa apa untuk kau sentiasa jadi kawan aku..

Maaf..

Sebab bukan itu caranya untuk aku berkawan..


Aku tak janjikan puji pujian untuk kau jadi kawan aku..

Maaf..

Sebab bukan itu caranya aku tunjukkan penghargaan sebagai seorang kawan..


Aku tak janjikan yang aku akan sentiasa jaga hati kau, agar kau tak akan sakit hati dengan perangai aku..

Maaf..

Sebab bukan cara aku untuk jaga sebuah persahabatan dengan nilai kepura2an..


Aku tak janjikan yang aku akan sentiasa tolong kau bila kau susah..

Maaf..

Sebab aku manusia biasa.. Segalanya adalah terbatas.. Tak semua perkara yang aku boleh buat untuk kau..


Kalau mengharapkan ini semua daripada aku..

Maaf..

Sebab aku bukan orangnya..  


Tapi aku akan sentiasa ada sebagai kawan kau..

bukan sebab aku perlukan kau untuk sesuatu atau pun sebaliknya..

tapi sebab aku anggap kau kawan aku.. sejujur-jujurnya..

terpulang kepada kau untuk hargai kehadiran aku sebagai kawan..

aku tak kisah..

tapi walau bagaimana sekalipun..

aku tetap kawan kau (kalau kau masih anggap begitu) & bagi aku kau tetap kawan aku..

titik!


P/s : update pakai phone memang teramatlah sukarnya.. Sekian

Sunday, May 06, 2012

tak apa - kalau tak nak - cakap x nak..

tidak mengapalah.. kalau tak nak.. cakap jaaa tak nak.. senang orang nak faham.. jangan buat orang lain rasa macam haram.. macam kami nih memaksa sangat pulak kaann.. tapi apa2 pun terima kasih lah ye, walaupun dalam keadaan x sudi2 tuh.. >.< aku nih bukannya jenis perempuan cepat tacing dek sebab menda2 picisan yg sekali lalu di tiup angin nih.. tapi aku juga bukannya perempuan yang tough, gagah lagi perkasa sampai langsung tak ada hati dan perasaan untuk dijentik sbb menda2 kecik nih.. dah nama pun manusiakan.. kalau asyik nak nampak tough jaaaa 24/7 susah jugakk.. sbb mereka2 yg disekeliling selalu mengambil mudah.. hmmmmm...

>.< paham2 sendiri sudah.. sekian.. terima kasih..

NotaKakiDiBibirMu : jiwa ceq mmg agak kacau lately (bkn sbb masalah perempuan n stuff).. so, maaflah kepada mereka2 yang selalu menjadi mangsa.. sekian wabillahitaufiq wal hidayah.. Assalamualaikum w.b.t


Friday, May 04, 2012

mimpi??

lately ramai yang bermimpi psl ceq..
kandungan mimpi dia : biarlah rahsia.. hahaha.. ;p
haaaaaaaa..
orang tua2 ckp kalau kita mimpi org tuh, maknanya kita asyik teringatkan orang tuh before tidur..
sbb tuh sampai terbawak2 dlm tidur..
alaaaaaaaaaaaaaaaaa..
terima kasihlah kepada mereka2 yg mimpikan aku nih..
kalau sudi mimpi lah lagi..
kui3.. hahahhahaaaa.. ;p  ^_^

p/s :: mimpi itu mainan tidur.. kalau asyik dok teringat pon susah jgk kan.. okelahh..

NotaKakiDiPerutMu :: hmmmm.. bilalaahh nak termimpikan Captain America nih.. nakk jgk.. heeeeheee.. ;p  ^_^

Thursday, May 03, 2012

Wednesday, May 02, 2012

bosan wehhh..

mulut cakap tak cuka..
tapi dok jugak melayan2 jugak lagi tuh..
ape ke bangang laaaahhh beliau nih..
semak betul..
bosan weeyhhh!! haha.. >.<

Tuesday, May 01, 2012

Aku jugak sahabat kau ♥ ^_^

Kalau satu hari kau menangis..
Bagitahu aku..
Aku tak janji nak buat kau tersenyum..
Tapi aku boleh menangis bersama kau :')


Kalau satu hari kau ada masalah..
Bagitahu aku..
Aku tak janji nak bagi penyelesaian..
Tapi kau boleh kongsi dengan aku :')


Kalau satu hari kau nak pergi berjalan..
Bagitahu aku..
Aku tak janji nak halang kau..
Tapi aku boleh teman kau :')


Kalau satu hari kau perlukan seseorang untuk mendengar cerite kau..
Aku janji aku akan ada untuk kau :')
Tapi kalau satu hari kau perlukan aku..
Dan aku tiada..
Mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan aku :')


Aku jugak sahabat kau ♥

over?? relax2 sudah.. ^_^



Assalamualaikum.. hai hai hai!! ^_^

La ni, ceq nak tules something untuk kita sama2 fikirkan. Kalau ampa suma pesen malas fikir, ceq takleh tolong la.. Otak ampa kan, pepandai la nak guna. ceq tak masuk campur.. huhu.. >.<

Bila ceq nampak jaa couple lalu depan mata, mesti dok terfikir --->> 'Bagusnya ada orang sayang.. haaihhh.. Tapi, betul ke dia sayang ? Macam mana tahap perasaan sayang dia tu?

Soalan ni biasanya akan terdetik dalam benak kepala geliga ceq nih nak2 lagi bila ceq dok tengok depa macam melebih-lebih.. aaaaaaaaa.. Melebih-lebih ke terlebih sudah ke, x tau lah ceq.. Tapi, itulah dia.. hah.. Pernah tak ampa tengok, kenapa bila perempuan tu dah kena macam-macam dah dengan pasangan dia, tapi maseh nak jugak bertahan? maseh lagi terhegeh-hegeh? Tolonglah jangan habaq mai dekat ceq yang itu semua pasal cinta.. Cinta itu buta lagi membutakan semua tu ceq dah lama tahu. Tapi, apa yang ceq nak tahu sekarang nih, apa punca dia jadi tak boleh tinggalkan je pasangan dia kalau sampai tahap tak larat dah nak melayan kerenah pasangan dia tu?? hurrmmmm.. There must be something fishy... Ah sudah. Jangan bagi ceq speaking.. huhu..

Contoh?? ceq boleh bagi.. haaaaaaaaaa.. antara contoh2 terbaik ialah macam dia penah melabur banyak duit ke untuk pasangan dia sampai sayang gila nak putuskan hubungan.. haaaaaaaa.. Ataupon, dorang penah buat apa-apa yang di luar jangkaan ke sampai tak sanggup nak lepaskan si dia pergi.. Atau apa saja.. hmmmmm.. mybe.. >.<  Yang penting, tolonglah jangan bagi ceq alasan, "tittew cayawng diew cangawt cangawt.. titew ta leyh hidorp tanpew diew.. Ittew lewbeyh welew (rela) matiew dawipadew hidorp tadew diew". ada yang kena tinju laju2 dgn ceq sat lagi...

Maybe adalah lebih elok sekiranya kita dapat bersederhana dan tidak melebih-lebih.. yaaaaa.. Seriously.. Sebab once kita dah overdo in a relationship, we'll tend to regret. Soon.. haaa.. Thats d reason why still ada orang boleh meroyan sampai dua tiga tahun lepas putus dan lebih dahsyatnya tak kawen terus lepas putus cinta? Sebab dia terlampau mengagung-agungkan perasaan yang pernah dia alami tanpa membuka ruang untuk peluang yang seterusnya. Dan kenapa pula ada orang dengan sangat mudahnya melepaskan pegangan dalam satu-satu hubungan? Sebab mungkin dia bersambil lewa dalam hubungan dan tidak memupuk perasaan dengan bersungguh-sungguh, maka jika putus sekalipun, derrr apedehal.. (okayy.. thats me.. hmmpphhh.. >.<)

konklusinya ---->> jangan lah melebih-lebih & jangan pulak mengurang-ngurang.. Maksudnya, just be moderate. Untuk meroyan tahap dewa19 actually membuktikan yang kita sebenarnye sangat melebih-lebih dalam perhubungan.. Tetapi, untuk tidak meroyan langsung pula menunjukkan yang kita tak beria langsung dalam perhubungan yang sebelumnya. Serba salah bukan? Maka, bersederhanalah.


Yaaaa.. memang tak dapat dinafikan yang kebanyakan pengalaman lampau mengajar kita erti kehidupan.. Tapi, ceq juga tak nafikan yang memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang dengan lebih kerap turut mengajar kita erti kehidupan.. Bagi ceq, akan ada lebih banyak penyesalan yang bakal berlaku kalau kita kerap sangat menoleh ke belakang.. Sebab nanti, mulalah; 'Kenapalah aku kenal dengan dia. Kalau aku tak kenal dia, takde la aku meroyan macam skang ni...' haaaaaaa.. kan3.. ^_^

So, hati ampa orang, ampa orang sendiri lah p jaga.. Jangan nak dok harap sangat orang lain tolong jagakan untuk ampa.. Nanti dia bukan dok tolong jagakan, dia tolong hancurkan lagi ada.. Otak ampa, ampa pikiaq lah sendiri.. Jangan nak harap sangat orang lain fikirkan.. Kang ada yang jadi Pak Pandir pulak..


p/s : Kenapa mesti melebih-lebih bila kita tahu kita boleh pilih untuk bersederhana? *sound effect - bunyi cengkerik*   ^_^