Aku Hanya Lala..

~Lala yang dulunya gila~

I DON'T CARE - 2NE1

Monday, April 30, 2012

jangan nak dok feeling2 lah.. ;p ^_^

Jangan bandingkan kisah cinta anda dengan Filem² chentha...


Kerana sesungguhnya kisah mereka ditulis oleh penulis skrip..


Anda punya telah ditakdirkan oleh Allah...


hahahaha..


 ^_^

Tuesday, April 24, 2012

feeling-feeling sana sini.. ^_^


okay.. tema post ceq minggu ini = cintan-cintun.. (mood menggedik) hahahaa.. ;p   this one ceq dedikasikan khas untuk member ceq ---->> Detie Hayatie.. heheeeeeeeee.. ^_^ eheeeemmm3... ^_^

1st of all... pernah x hgpa semua lalui saat 'hg tahu hg suka gila kat some1 nih tapi doq pikiaq macam cepat nak jatuhkan perasaan hgpa pada dia sebenarnya adalah perasaan suka@bercintan cintun.. maka dengan paksa relanya, pendamkan ja sampai jadi pekasam..  sampai si ehem ehem dikebas orang.. depa tgh bahagia, hgpa plak dok berputih mata..' haaaaaaaaaaaaa.. Pernah tak rasa? Eh tak daa.. tak daaa.. ceq tak penah rasa pon... saja jaa tanya.. hahahaha..  ;p  ^_^


Biasanya perasaan yang kita rasa ni ada banyak sebab.. Ni yang ceq nak share sikit ni antara sebab-sebab yang ada.. go!! go!! CHekiDAUD yaalll!!




1 -->> Tak setaraf


Keadaan tak setaraf ni sebenarnye banyak cabang eaaa.. pelajaran kah?? rupa kah?? harta kah?? agama kah?? adik beradik kah?? (motip sampai ke adek beradek bagai nih.. huhu.. ;p) Tapi kalau part yang tak setaraf ni, kompom kita mesti akan cakap cenggini--->> "Alaaa... Dia hensem, mane mungkin dia nak pandang kita yang muka tak siap ni...".. haaaaaaaa.. tak pon, "Pehhh, anak orang kaya kot! Kereta mata belalang siap ada kening+bulu mate tuhh.. Takkanlah dia nak pandang insan marhaen macam aku.." kalau tak pon --->> "Ish... Taknak lah.. mustahil gila kot aku dengan dia.. Dia tu dah jadi propesor tahap emeritusss.. ceq nih keja kat kedai jahit baju unipom propesor ja boleh la.." n etc.. Mesti akan keluar ayat-ayat macam ni kan? Kan? Kan? heeeheeeee.. ^_^ last2 nanti kompom hgpa suma akan macam --->> "Ermmm... Takpalah.. Tak mungkin kot aku dengan dia.." (macam kenal jaa ayat nih.. errkkkk heeeheee.. ^_^)




2 -->>  Takut mencuba


Perasaan yang hgpa dok simpan dan tak terluah tu jugak mungkin boleh disebabkan oleh perasaan takut mencuba.. heemmm.. ceq punn takut jgk laa nak mencuba2 nih.. tapi.. tak salah kan sebenarnye? cuma yang salahnya bila korang frust gila babi mengalahkan babi hutan lepas dah mencuba tu.. ehheeemm.. iyeeeee.. opkoslah sakit, tapi nak buat macam mana lagi kan.. dah itu memang risiko yang hgpa kena hadap lepas dah mencuba.. bak kate orang dolu2.. Belum cuba, belum tahu.. At least, kalau tak nak cuba direct pon, tak salah kot bagi hints2 bagai nak gila.. Hints tu kalau orang belah sana buat2 tak paham gak, okay tak payah dah susah2 nak teroskan.. itu maknanya, orang sebelah sana memang taknak la tu.. buat bodoh jaa sudah.. ahahahahaha.. meyh berpantun sat---->>


Pinggan x retak..nasi x dingin..
kau xnak.. aku pun x ingin..

p/s : tepuk tgn sorng2 lerh kome jawabnye..




3 -->>  Taknak buang masa


actually, ceq rasa laahh kan ramai jugak yang pesennye macam ni.. Macam ada sesetengah orang.. eeeerrrr.. okay.. ceq laaa orang tu.. yang dok berangan nak kawen cepat tapi tapi rasanya mcm x patut jaa lagii.. hmmm.. ceq selalu ja rasa macam taknak dah berchentan chentun nih.. haa.. yg ini xda kena mengena langsung dgn bab yg berkaitan dengan couple = haram ke ape ke.. it just ceq rase dah malas nak buang masa dengan chentha2 bagai nih.. Yela, let's imagine.. Kalau ceq couple tahun ni. tup-tup dua tahun lagi putus.. Sayang dah gila dah ni, tapi sebab dah clash, maka kecewa pada skala maksima.. haaaaa.. takyah cakap la.. Okay, lepas dah kecewa, mesti rase susah nak move on kan dan akan tersekatlah dalam fasa 'hey3! aku-tak-percaya-cinta' selama err contohlah tiga tahun.. haaaaa... Baru berbaloi2.. dok bercinta = dua tahun, kecewa = tiga tahun.. style kann? hahahaha.. ;p  ^_^  Okay, dah tak nak move on dah tiga tahun, pastu baru nak mula belajar bercinta balik tahun keempat.. Masa tu nnti suma orang dah sebok kendong anak dua-dua belah tangan.. dalam stroller sorang, kat laki ada lagi sorang.. ceq? dok melangut?? Termenung? Baru nak blajaq bercinta balik macam konon-konon diri sendir remaja lagi? sangatlah x boleh blaaa.. hohooiii.. ;p  ^_^




4 -->> ehh.. ehh.. gaduh ke jodoh?


eheemmm.. gaduhh?? haaaaaa.. ceq sebenarnya suka ja kalau orang yang ceq tengah suka tu cari gaduh.. Yalah, at least kita boleh tahu perangai sebenar dia.. kan? kan? kan? Aku suka claim yang aku benci kat orang yang aku tengah suka..(nih zmn skulah2 dulu lah) Mahu tak benci.. I benci tau dok feeling2 sensorang nih.. Rasa nak meletup je bagitahu kat U yang tak paham-paham bahasa tu yang I suka kat U! U ingat senang ke haaaa??? =.=' mencik3.. <---- rasa menyampah bila tulis macam nih.. sampai macam nak pukul diri sendiri.. bluuwekkk.. *vomit.. hahahaha.. ;p  Tapi bak kata member ceq yang baru lepas putus cinta lah kan.. = "Aku tahu Allah akan bagi apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu" haaaahhh.. tuddiiaaa.. termenung jugak la aku.. Mana tak nya.. punya lah dok berangan nak yang kacak, hensom lagi bergaya lah.. bagai2 kaann.. (biasalah.. perempuan.. hahaha.. ;p ) tapi mungkin aku hanya perlukan sorang laki yang tak berape nak kacak tapi penyayang, haaaaaaa.. yang boleh melayan aku.. aaaa.. dan mungkin tinggi sikit je daripada ceq nih(ceq dah lah rendah.. atleast tinggi sikit kira okay lah kan3.. huhu.. ;p  ^_^)  Dan rupa2nya ceq hanya perlukan laki macam tu.. haaaaaa.. Mana la tahu kannnn kan kannn..... (tapi kalau boleh nak jugak laki yang tinggi dan kacak!<< nak jugak!! aaahahahahahaha.. ;p  ^_^)




5 -->>  apolakk jadah eaaa den nak type banyak-banyak nih?? ahahahahaha.. ;p  hemmmmmmmm.. actually, ceq pun tengah dok jiwa kacau nih.. niat di hati tak nak kecewakan orang dan lagi la tak nak kecewakan diri sendiri.. tapi laahh kan.. kalau dah dok terbayang2 dia pon boleh buat kau senyum.. haaahh.. mcm mane tuhh?? Tapi tulah kann.. Benda macam ni bukan mudah tapi tak susah pon sebenarnye.. ahhaaaaaaa.. awak2.. ye lahh.. awak yang disana tuh (walaupun saya x tahu siapa awak sebenarnya.. hehe~).. hmmm.. apalah salahnya awak masuk ja meminang saya dan kita bina hidup bahagia bersama.. hewhewhew.. hahahahahaa.. ;p  ;) >.< (gedik gila)  Haih, payah jugak kalau yang mampu dibuat hanyalah memeluk mimpi.. heeeeheeeeeeheeeeee.. ;p (kalau dah perempuan tuh, perempuan jugak laahhh.. ^_^ )




p/s : LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPAN pada yang mudah menyerap harapan.. hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah.. bila sekali terluka, nak rawat balik susah..


p/s : PEREMPUAN :  Never Ever2 assume that someone likes you just because they're being sweet.. coz, some people just make you an option when they're bored.. remember that.. nway.. Friendship is good.. Don't crap it up by falling in love.. lain lah kalau orang yang sebelah sana pon ada hati jgk.. untunglaahhh.. kann3.. hehehehee.. ;p  ^_^ 




Nota di Tapak Kaki -  Tak payah nak buat kemaih sangat lah.. cinta lepas kahwin lah.. cinta jangan nak teruk-teruk lah.. Cinta Tuhan yang satu lah.. bla bla bla.. yada yada yada.. yaaa.. We all know that.. But, it just.. heemmm.. disappointment happens.. You know that.. Everyone experiences it.. This is merely an expression of feeling.. heeeheeeee.. okayy... PEACE YALL!



^_^

Sunday, April 15, 2012

Penakut~

ye.. saya mengaku saya penakut.. >.<



Saturday, April 14, 2012

I'm "completely" fine~


peeps ask me ---->> why u always like this? hmmmmmm.. nak buat camana.. bila dah biasa sorang2 xdaa tempat nak mengadudomba nih (xdaa yg sudi), ini lahh yg termampu ceq buat.. (bunyi macam loser gila).. tapi inilah hakikatnya~ hahahahhaa.. ;p ^_^


hurrmmmm... >.<

Friday, April 06, 2012

50 LANGKAH ANAK MERDEKA – Majalah Dewan Sastera September 2008.


Telah 50 langkah di hadapan

Meninggalkan gapura kesengsaraan

Melewati duri-duri sengketa

Di rimba duka

Untuk menjulang mercu kegemilangan

Berbumbungkan kedaulatan

Berdindingkan kesejahteraan

Melangkah dengan jiwa perkasa

Yang tiada penghujungnya

Menyambung kembali carik-carik gembira

Yang dulunya retak di penjara

Telah 50 langkah kita tinggalkan

Meleraikan jejari kemunduran

Merakam hiba musim-musim perjuangan

Untuk menjejak halaman sentosa

Di perkampungan jiwa merdeka

Dibelai dengan nadi warisan

Dilindungi oleh pagar keimanan

Lalu direnjiskan titis-titis doa

Agar gagah menyelusuri puncak peradaban

Berintermesokan lagu-lagu damai

Nyanyian merdu seorang patriot

Kini digagahkan diri

Melangkah setapak lagi

Melukis sketsa-sketsa kehormatan

Menyambung kembali perjuangan

Memperkasa jati diri

Di muka antarabangsa

Biar mereka mengerti

Kita tidak lagi

Buta, tuli, bisu, dungu

Agar terus akur pada telunjuk mereka

Bersama air, tanah dan udara

Gagah di dunia insani

Demi kebahagiaan

Kesejahteraan

Keamanan

Kedamaian sejagat


FIEYADYNA NURDIN @ 2008